Thursday, May 27, 2010

Al Kisah Cerita Melayu Lama


Gambar dari sini

Semalam, selepas selesai urusan kerja, kunjungan ke Bukit Aman dan perjumpaan di Pusat Bantuan Guaman, aku dan Murnie terus menuju ke Bangsar untuk minum kopi dan makan malam. Kami bertemu Puspa dan Farhana yang telah berjam-jam lamanya berkeliaran di kawasan tersebut sambil menunggu kedatangan kami.

Kami duduk di kedai kopi kegemaran Murni, eh salah, kegemaran kami. Kami bersembang-sembang kisah-kisah menarik yang berlaku pada hari itu. Dalam keadaan kehabisan topik, aku mula mencadangkan agar siapa-siapa yang ada kisah-kisah menarik untuk dikongsi untuk tidak membuang masa dan terus bercerita.

Maka terjadilah perbualan di bawah:-


Sambil-sambil terkesima dengan cerita klasik yang diceritakan berdasarkan catitan buku-buku lama, tiba-tiba terkeluar perbincangan mengenai Hang Tuah dan Hang Jebat.

Kisah Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Aku : Hang Tuah tu contoh klasik orang-orang yang menurut perintah tanpa usul periksa. Patuh kepada pemimpin yang zalim.

Puspa : Kalau korang baca Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang ada cerita pasal Hang Tuah dan Hang Kasturi yang berentap dengan keris.

Kami : Apa ceritanya?

Puspa : Semasa berlawan antara satu sama lain, bila keris Hang Tuah tertusuk di celah dinding, dan memerlukan masa untuk cuba mengeluarkan keris tersebut, Hang Tuah berkata kepada Hang Kasturi "Kalau kau anak jantan, engkau tidak akan menyerang aku semasa kerisku tertusuk ke dinding".

Puspa : Jadi, bila sahaja keris Hang Tuah tertusuk ke dinding, Hang Kasturi akan tunggu dan memberikan masa untuk Hang Tuah megeluarkan kerisnya dari celahan dinding, baru mereka teruskan berlawan.

Aku : wahhh.. machonya Hang Kasturi, lelaki yang ada visi, misi dan prinsip!

Kami : Lepas tu?

Puspa : Tiba-tiba, keris Hang Kasturi telah tertusuk ke dinding, dengan pantas Hang Tuah telah menyerang dari belakang dan menikam Hang Kasturi dengan 2 tikaman.

Kami : Apakah????? foul play!

Aku : Cis, Hang Tuah adalah lelaki tidak berprinsip!

Kesimpulan cerita-cerita di atas : Banyak, dan masih lagi relevan.

Thursday, May 20, 2010

Institusi Polis: Mengawasi dan Diawasi?
Fadiah Nadwa binti Fikri | May 19, 2010 04:55:45 pm (merdekareview.com)



photo from here

Kerisauan dan kemarahan yang yang timbul baru-baru ini disebabkan kes Aminul Rasyid Amzah adalah kesan daripada hilangnya keyakinan kepada institusi polis. Institusi inilah yang sepatutnya menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang dan bukannya berselindung di sebalik impuniti (pengecualian daripada hukuman) setiap kali kejadian tembakan yang menyebabkan maut berlaku atas alasan untuk memberkas suspek di mana nyawa rakyat yang tidak berdosa dan masih belum dibuktikan bersalah dirampas tanpa sebarang justifikasi.

Kejadian pembunuhan di luar kuasa (extra judicial killing) bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, terutamanya dalam kes-kes di mana polis melepaskan tembakan yang membawa maut ketika mana polis dikatakan cuba untuk memberkas seseorang suspek.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, pada tahun 2009 terdapat sebanyak 39 kes tembakan oleh polis yang menyebabkan kematian ketika mana polis cuba untuk memberkas seseorang individu. 39 kes kematian yang disebabkan tembakan polis ini tidak disiasat oleh mana-mana badan bebas bagi menentukan samada anggota polis yang telah melepaskan tembakan yang menyebabkan maut tersebut telah bertindak dengan atau tanpa justifikasi di bawah undang-undang.

Kes-kes tembakan sebegini akan dilaporkan dengan penuh tidak bertanggungjawab dan berbaur fitnah di dada akhbar, radio dan televisyen utama yang mengatakan bahawa individu-individu yang ditembak adalah penjenayah berdasarkan penemuan senjata seperti parang selepas tembakan dilepaskan. Kenyataan tidak bertanggungjawab dan berbaur fitnah ini dipaparkan setelah polis sendiri mengesahkannya, walaupun tiada sebarang siasatan dibuat untuk memastikan samada tembakan tersebut dilepaskan dengan justifikasi atau tanpa justifikasi di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Malaysia 39 vs England 2

39 angka kematian pada tahun 2009 di Malaysia yang dilaporkan akibat tembakan oleh polis adalah sesuatu yang merisaukan jika dibandingkan dengan angka kematian yang melibatkan tembakan polis iaitu sebanyak dua kematian di seluruh England dan Wales pada tahun 2009.

Melihat kepada statistik mudah di atas, persoalan munasabah yang timbul adalah: Bagaimanakah negara-negara seperti England dan Wales mampu mempunyai institusi polis yang berkesan untuk memelihara nyawa orang awam dan pada masa yang sama bekerja keras membanteras jenayah dalam usaha memberkas suspek, di mana hanya terdapat dua kes kematian yang disebabkan tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis?

Bagaimanakah sesebuah negara seperti England dan Wales mampu mempunyai sistem yang secara automatik menyiasat secara bebas setiap kali peluru dilepaskan oleh anggota polis, meskipun peluru tersebut tidak meragut mana-mana nyawa? Bagaimanakah negara seperti England dan Wales mampu menghormati hak untuk hidup seseorang individu, hak untuk diangap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah dan meletakkan kepatuhan yang tinggi pada prinsip undang-undang berkenaan penggunaan senjata api dalam usaha membanteras jenayah?

Nilai kemanusiaan

Bukankah nilai kemanusiaan setiap insan di England, di Wales, di Malaysia, di Afrika atau di mana-mana sahaja adalah sama intipatinya?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah mudah. Kepatuhan kepada peruntukan undang-undang sedia ada, ketelusan institusi polis dalam membanteras penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis itu sendiri dan mekanisma yang telus yang secara automatik menyiasat secara bebas sebarang penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis setiap kali tembakan dilepaskan dalam usaha memberkas suspek.

Jika dibandingkan dengan negara kita, adalah menjadi fakta yang meruntun jiwa dan hati nurani di mana, setiap kali seseorang individu mati ditembak polis, namanya terus difitnah dengan label "penjenayah" walaupun individu tersebut tidak pernah disiasat dan dibuktikan kesalahannya dan tiada sebarang siasatan bebas dijalankan untuk memastikan kemunasabahan tindakan anggota polis yang terlibat.

Situasi menjadi lebih parah apabila institusi polis yang sepatutnya tampil ke hadapan untuk menegakkan keadilan walaupan terhadap anggotanya sendiri dengan angkuhnya mempertahankan tindakan anggotanya yang dilakukan di luar nas undang-undang dan menghalang sebarang siasatan telus untuk dijalankan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara terus-terusan direstui oleh kerajaan yang sepatunya mengetuai barisan hadapan untuk menghukum pencabul-pencabul kuasa dan undang-undang demi melindungi kepentingan rakyat dan kedaulatan undang-undang.

Amanah: Pertahankan undang-undang

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, adalah menjadi satu norma untuk sesebuah institusi polis yang telah diamanahkan sebagai pelaksana undang-undang untuk bertindak dan menjalankan tugas mereka berlandaskan prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia sepertimana yang telah termaktub di dalam Pengisytiharan Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia yang kemudiannya dizahirkan di dalam perlembagaan sesebuah negara demokrasi tersebut.

Fungsi sesebuah institusi polis yang diamanahkan untuk mempertahankan undang-undang dan ketenteraman awam haruslah berlandaskan penggunapakaian undang-undang jenayah yang adil terhadap semua individu. Ini adalah kerana institusi polis dilihat sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang yang tidak bersalah, membawa ke muka pengadilan orang-orang yang melanggar undang-undang, berusaha keras menegakkan prinsip-prinsip keadilan dan bertindak di bawah peruntukan undang-undang dan memerangi sebarang pengalahgunaan kuasa oleh mana-mana anggota polis demi menjaga nama baik institusi polis tersebut.

Kepatuhan kepada prinsip-prinsip ini adalah penting dalam menjamin keberkesanan fungsi institusi polis tersebut dan pada masa yang sama memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa institusi ini adalah berkesan dan telus dalam menjaga ketenteraman awam dengan mewujudkan persekitaran yang selamat di mana jenayah dibanteras mengikut lunas undang-undang, bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.

Haruslah diingatkan bahawa, penyalahgunaan kuasa oleh institusi polis yang berlaku akibat penyelewengan penggunapakaian undang-undang dan ketiadaan mekanisma bebas sebagai pemerhati akan memberikan kesan yang buruk kepada orang awam. Ini adalah kerana keberkesanan dan ketelusan fungsi polis tidak dapat lagi dijamin seandainya peruntukan undang-undang tidak digunapakai mengikut garis panduan yang ditetapkan di mana jenayah yang sebenar gagal untuk ditangani dan pada masa yang sama orang-orang awam yang tidak bersalah dan orang-orang yang masih belum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah dihukum tanpa sebarang justifikasi.

Realitinya jelas, rakyat adalah sendiri dan setelah sekian lama dibiarkan sendiri untuk mempertahankan prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang dan kemaslahatan bersama, memandangkan kewujudan penguatkuasa undang-undang di negara kita hanya sekadar boneka kertas dan indah khabar dari rupa. Rakyat semakin hari semakin sendiri dalam berjuang untuk membawa perubahan dalam institusi polis di mana laungan-laungan suara keramat untuk penubuhan satu suruhanjaya bebas yang bertindak sebagai mekanisma pemerhati penyalahgunaan kuasa oleh institusi polis ditepis dan ditolak dengan sinis oleh kerajaan yang sepatutnya mengepalai usaha-usaha untuk membawa perubahan positif demi kemaslahatan rakyat.

Kita tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan membiarkan amanah-amanah yang diletakkan di bahu penguatkuasa undang-undang terus-terusan dicabuli dan direstui kerana usaha kita untuk memartabatkan negara kita, ketamadunan masyarakat kita, kemanusiaan kita dan kedaulatan undang-undang kita adalah terletak kepada prinsip-prinsip keadilan yang perlu ditegakkan, tanpa mengira siapa, samada terhadap seseorang individu, sesebuah institusi, ataupun terhadap pemerintah.

*Fadiah Nadwa Binti Fikri ialah ahli Lawyers for Liberty dan Setiausaha Kehormat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur.

Wednesday, May 12, 2010

Freedom of Expression : Emotional?!


photo from here

There's a stark difference between freedom of expression and the contents of the expression. Differences of opinions is a blessing. Yes, only if it is of level playing field. Yes, if it is meant for reform and betterment.Yes, if it does not begin with these words "memang padan muka budak tu kena tembak!""mak bapak dia pon patut kena tembak".

And to plead "you are too emotional" in response to people who react to these diabolic words particularly in issues concerning human life, dignity, humanity and justice couldn't be any more lame than that. People died for these principles in the past.

And why are we too emotional about the teen shooting case? Because the existing system is failing miserably. Why the conscientious public is furious over the shooting and they consequently expressed their feelings in public domain? Because they can't afford to wait for another life to be lost, without justification as we speak.

Yes, it's easy to say "go to court", but can we afford to wait for another life to be lost while the authorities are adamant in opposing reform and while the case is ongoing in court? We can't afford to wait to lose another life and later resolve everything in court can we?

Why reform is deemed as if it's such a curse? Are we being executed for being too idealistic about reform that is viably possible? If other civilized countries can implement such reform, why can't we? Why do we only emulate them when it comes to material development and not when it comes to human development?

Emotional?

And if you ask me, I'd rather be emotional than heartless, if that's what it takes for me to realize the fact that I'm still human.

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day

After I woke up yesterday, I picked up the phone and called mak "Mak, happy mother's day!". She said "terima kasih!!".

And today, I feel like writing something for her, on this blog.



Mak,

Thank you so much for being the coolest mom ever.
Thank you so much for loving me, unconditionally.
Thank you so much for putting up with my antics and my unbreakable stubbornness.
Thank you so much for giving Abah a long lecture when he flipped out the moment he found out I got arrested.
Thank you so much for your support in everything I do.
Thank you so much for giving me your blessing for every single thing that I do despite the worrying thoughts at the back of your head.
Thank you for always telling me that your prayers are always with me.

Thursday, May 06, 2010

Tears


photo from here

Last night, while Farhana, Murni and I were having dinner in Bangsar, we got a call from Suren that Azamudin, a key witness to the shooting of Aminul Rasyid Amzah was asked by the police to follow them to the shooting scene and he needed to be accompanied by lawyers. We rushed to Shah Alam IPK to accompany Azamudin.

As we were walking up the hill, he was telling me how he escaped from the beating by 4-5 policemen after the car crashed into a drain. while we were on our way down, I asked him how he felt when he was running for his life and all he could see was one police officer aiming a gun at him and the other was counting 1,2..

He said "saya sangat takut kak, rasa nak menangis tapi air mata saya tak boleh keluar...bila saya balik rumah, saya nak menangis tapi saya tak tau kenapa air mata saya tak boleh keluar".(I was so scared that I wanted to cry, but tears couldn't come out..when I went home, I wanted to cry, but still tears couldn't come out)

All I could do was pat his back. I could never possibly imagine myself being in his shoes.

Tuesday, April 27, 2010

Tembak untuk menangkap atau membunuh?


"Bolehkah polis tembak orang awam tanpa sebarang justifikasi?".Ini adalah soalan yang aku masih ingat ketika mana ditanya oleh salah seorang wartawan ketika kami cuba untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan kejadian seorang ibu tunggal, Norizan Salleh yang ditembak secara rambang oleh polis.

Kes Norizan Saleh merupakan satu-satunya kes di mana mangsa masih hidup dan dapat menceritakan apa sebenarnya yang terjadi dan memberi jawapan samada tindakan polis menembak beliau dan rakan-rakannya adalah di bawah peruntukan undang-undang dalam pelaksanaan tugas atau satu cubaan membunuh.

Mungkin, kalau aku masih kecil dan mentah, aku tidak akan dapat memahami bahawa adanya kes-kes di mana polis menembak orang awam tanpa sebarang justifikasi dan melanggar peruntukan undang-undang.

Mungkin kalau aku masih kecil dan mentah, bilamana aku membaca surat khabar dan menonton berita-berita tv utama yang menyatakan polis telah menembak mati penjenayah yang dikehendaki, aku akan merasa lega bahawa polis telah menjalankan tugas mereka untuk membanteras jenayah.

Tetapi, sepantas masa berlalu, aku tidak lagi mentah untuk memahami bahawa setiap manusia boleh bertindak diluar pertimbangan seandainya manusia itu diberikan kuasa.

Oleh sebab itu, manusia memerlukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang tegas untuk menghadkan penyalahgunaan kuasa dan memastikan pelaksanaan kuasa adalah di bawah nas-nas undang-undang dan kemanusiaan.

Semalam, semasa aku dan teman-teman berjumpa di kedai kopi untuk berbincang tentang sesuatu, kami telah dihubungi oleh teman kepada kelurga arwah adik Aminul Rashid yang ditembak mati oleh polis berhampiran dengan rumahnya. Kami bergegas ke Shah Alam untuk bertemu keluarga adik Aminul Rashid untuk mengetahui kedudukan sebenar.

Ibu adik Aminul Rashid cuba untuk menceritakan apa yang berlaku sambil menahan air mata. “Dia anak yang baik, di sangat aktif dalam sukan. Jiran-jiran, kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah semua terkejut kenapa dia dituduh sebagai penjenayah. Mereka semua berjanji nak bersihkan nama dia bila ke sekolah esok”.

Inilah rintihan hati seorang ibu yang kehilangan seorang anak yang berumur 15 tahun yang diragut nyawanya dalam sekelip mata.

Adik Aminul Rashid keluar dari rumah dengan memandu kereta kakaknya bersama seorang kawan untuk minum-minum di restoran mamak berhampiran di mana kereta yang dipandunya tergesel dengan satu kereta lain. Akibat terlalu takut, adik Aminul Rashid cuba untuk melarikan diri dan memandu pulang ke rumah.

Dalam keadaan kelam kabut, keretanya melalui kereta polis dan polis terus mengejar dan melepaskan tembakan. Empat biji tayar telah ditembak tetapi terdapat juga beberapa tembakan yang dihalakan ke cermin kereta walaupun kereta telah berhenti akibat berlanggar tembok. Satu peluru menembusi kereta dan membunuh adik Aminul Rashid.

Kawannya yang dalam keadaan panik keluar dari kereta dan anggota-anggota polis telah memukulnya dari belakang dan memijaknya beramai-ramai.

Persoalannya, bolehkah polis menembak sesiapa saja dengan niat untuk membunuh (shoot to kill) dan bukannya untuk menangkap, tidak kira orang awam ataupun suspek dalam usaha menangkap indidvidu tersebut?

Undang-undang memperuntukkan bahawa polis tidak boleh menggunakan senjata api dengan sewenang-wenangnya, tanpa justifikasi dalam cubaan untuk menangkap seseorang individu. Ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang Bangsa-Bangsa Bersatu tentang penggunakan senjata api oleh pihak berkuasa.

Aku masih ingat semasa memorandum untuk siasatan awam ditubuhkan dihantar kepada SUHAKAM beberapa bulan lepas untuk kes Norizan Saleh, Pesuruhjaya Dato’ Siva menyatakan bahawa di negara-negara maju yang lain, polis tidak lagi menggunakan senjata yang boleh membunuh dalam cubaan menangkap seseorang individu.

Aku juga masih ingat ketika Norizan Saleh memberikan keterangan di SUHAKAM, polis yang menggunakan justifikasi bahawa beliau dan rakan-rakan ditembak kerana disyaki untuk menyamun tidak pernah didakwa sehingga ke hari ini.

Pihak polis juga terang-terangan ketika mana hospital memaklumkan tentang penejelasan bil perubatan Norizan Saleh menyatakan bahawa kes ini adalah kemalangan jalan raya dan polis tiada kena mengena.

Bila aku amati fakta-fakta ini, aku terfikir. Perasaan gerun mula menghinggap dalam fikiran. Aku ada seorang adik, aku ada seorang abang, aku ada seorang emak. Jika tindakan kejam ini dibiarkan dan berleluasa, apakah jaminan yang aku, adik aku, abang aku, atau keluarga kamu tidak akan terekecuali?

Mereka tidak dapat bersuara untuk menceritakan keadaan sebenar. Kita yang masih bernyawa perlu bersuara untuk mereka agar keadilan dapat ditegakkan kerana keadilan dan kebenaran tidak pernah bisu atau tidak mampu melihat.

Wednesday, April 07, 2010

Radicalism

Ape benda itu radicalism? Ia bukannya sejenis makanan atau sejenis pistol mahu pon sejenis bom. Anda akan kenal apa itu radicalism jika anda meneliti gerakan kebebasan rakyat di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Yang pasti, radicalism itu bukanlah seperti berikut :-

1)berlagak seperti seorang hero dengan kata-kata bombastik di hadapan peminat-peminat;
2)menulis berkoyan-koyan artikel di ruang-ruang siber seperti seorang hero tetapi bersembunyi disebalik bangunan CIMB Bank ketika protest rakyat dijalankan;
3)berdiam diri walaupon isu-isu prinsipal dipersoalkan kerana takut kehilangan populariti.

Masih banyak lagi yang saya harus pelajari tentang radicalism. Petikan kata-kata di bawah telah menarik minat saya untuk lebih mendalami apa itu radicalism:-

"[T]he more radical the person is, the more fully he or she enters into reality so that, knowing it better, he or she can transform it. This individual is not afraid to confront, to listen, to see the world unveiled. This person is not afraid to meet the people or to enter into a dialogue with them. This person does not consider himself or herself the proprietor of history or of all people, or the liberator of the oppressed; but he or she does commit himself or herself, within history, to fight at their side."-Paolo Freire [Pedagogy of the oppressed]

sekian.

Thursday, March 18, 2010

Demo/Tunjuk Perasaan/Protest/Perhimpunan Aman


photo from here.

Puspa : bos aku join demo di Kampung Terentang semalam, comel.

Aku:tulah, budaya demo semakin harum, ni tgh prepare jurisprudential aspect of demo/public protest for suhakam written submission.

Puspa: apa pendapat puan filasuf?

Aku: Demo adalah historic right yang significant dalam mentamadunkan manusia, tengok bagaimana British akhirnya dihalau oleh demo garam yang *dikepapi* Gandhi.

Puspa: kepapi tu ape?

Aku:*dikepalai

**dua-dua gelak!

Tuesday, March 16, 2010

Of Jamie Oliver, Anthony Bourdain and a Vege Garden



Photo from here

I always think that Jamie Oliver and Anthony Bourdain got the coolest job ever! Ya, I always adore these two as I just couldn't help myself from being overly amused by their antics on AFC and Travel and Living channels.

Bourdain and his sarcastic jokes, roaming around planet earth in search for a great thing that could bring everyone together--F.O.O.D. Exploring different culture and heritage couldn't be more intriguing. Oh, how I wish I was Anthony Bourdain. I get to travel the world and eat, meet different people and eat and experience different culture and eat some more. And..get paid for it [eat]!How cool is that?

And Jamie, a cool chef who is extremely passionate with his cooking. Baling bawang, perah lemon..tadaa...his recipe never fails my taste buds. When I talk about Jamie over and over again, particularly after trying his recipe, a friend of mine would always ask, "Jamie?? which Jamie?" and I would reply, "it's Jamie Oliver!" "Ohh, when you mentioned him it's as if he is your neighbour or something". Ya, food can break the celebrity-fan wall I would say.

Oh how I wish I was Jamie Oliver. How I wish I had a little vegetable garden in my backyard, pluck the vegetables and cook them, eat the food with some close friends, and play drums in a band afterward. A simple, yet a cool life it is.

But,come to think of "how I wish this and how I wish that..", as much as we love to live in somebody else's life, we have to accept the fact that we are different in our own ways. It's entirely our prerogative how to live our lives and make them meaningful. At least, on the day we leave everything behind us, we get to look back and be proud of something that we have left, something that is immortal.

Hmm, whatever it is, I'm still gonna have my own little vege garden in my backyard, When? When I can afford to buy my own house.When? God knows when!:P

Tuesday, March 02, 2010

Pembangunan dan Kezaliman?

Sesetengah golongan manusia sanggup bermatian-matian mempertahankan sesuatu kepercayaan atas justifikasi pembangunan. Memejamkan bukan sahaja mata, tetapi hati nurani dan perikemanusiaan daripada realiti yang zalim. Di Malaysia, kita tidak berkecuali.

Betapa golongan manusia ini akan membentangkan indeks GDP dalam membentangkan analisa perkembangan ekonomi untuk berbangga dengan kemajuan yang kononnya dicapai. Ditambah pula dengan fahaman pembangunan yang diselebungi semangat membela nasib Melayu dan mempertahakan kemelayuan.Hidup Melayu, mati Melayu, sehinggakan Melayu itu sendiri disembah dan dipuja seperti sebuah agama.

Berbanggalah dengan pertumbuhan ekonomi yang dicanang-canangkan.Berbanggalah, dan terus berbanggalah di saat sebuah kampung di Terengganu yang didiami sejak tahun 1934 diroboh pada hari ini dengan rakus oleh pemerintah.

Berbanggalah kerana mereka dilabel sebagai setinggan, walhal dari segi undang-undang mereka adalah anak jati tanah air Malaysia yang merupakan peneroka bandar dan hak mereka adalah termaktub di bawah doktrin "adverse possession" yang bukanlah doktrin asing di bawah "common law". Berbanggalah kerana hak mereka untuk hidup dalam sebuah rumah seolah-olah tidak pernah wujud di bumi yang penuh kemelayuan ini.

Berbanggalah dengan kemelayuan pemerintah yang mengusir mereka, meninggalkan mereka sehelai sepinggang di bumi mereka sendiri, tidak berumah dan hanya berbumbungkan langit. Berbanggalah dengan analisa ekonomi dangkal untuk terus bermegah-megah dengan pendirian jitu itu di mana pada masa yang sama golongan yang paling memerlukan perlindungan ditindas dan dipijak, terus-terusan, untuk sekian waktu yang terlalu panjang.

Berbanggalah, sehari selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang baru, sebuah kampung di Perak yang didiami orang-orang miskin dirobohkan dengan rakus.

Berbanggalah di mana tanah orang-orang asal diceroboh dan dirampas dengan zalim.Anak-anak perempuan dan wanita mereka dirogol dan dicabuli tanpa sebarang pembelaan dari pihak pemerintah.

Berbanggalah dengan pembangunan dan kemelayuan itu.

Tuhan yang satu berbicara dalam surah Al-Ma'un : Celakalah mereka yang mendirikan solat, seandainya mereka memalingkan orang-orang yang miskin dan memerlukan.