Wednesday, July 21, 2010

Kari Ayam



Maka pada suatu petang Ahad yang diiringi rintik hujan renyai-renyai, di sebuah keraian sempena menyambut kelahiran bakal anak sahabatku Afzan, maka satu kejadiaan yang dipenuhi reaksi terkesima telah berlaku.

Ketika kami semua sibuk menjamah makanan yang lazat dan bersembang diikuti ketawa girang, Munah, sambil memanggil anaknya, Zahra yang berumur hampir setahun untuk pulang memandang ke arah kami dan berkata "Dah lewat petang ni, aku nak kena balik dah ni, nak mandikan Zahra lepas tu nak kena masak kari ayam untuk makan malam".

Terkesima tanpa kata-kata. Aku memandang Atie dan Atie berbalas pandangan denganku. Kami memandang Munah. Maka, terkeluarlah kenyataan seperti berikut:-

"Masak kari ayammmmm? Kena masak ke? Hari Ahad malam kena masak? Dah lewat ni?Tapi esok kerja? Kari ayam? Lepas mandikan anak?".

Munah sambil mencekak pinggangnya berkata "korang ni nampak sangat lah hai... tidak bersedia!".

"Yelah, kari ayam, resepi mak mertua aku tau. Pehtu kena iron baju, tengah malam anak terjaga banyak kali, pagi kena siapkan dia, lepas tu pergi kerja, balik kena masak..."

Atie dengan tidak semena-mena pantas datang duduk di sebelah aku..."Fadiah...tidakkkk!!".

Munah hanya menggelengkan kepalanya dan kami hanya mampu tersengih seakan-akan kerang busuk di Pasar Selayang.

Memandangkan hari semakin lewat, kami pun berangkat pulang, selepas memeluk Afzan dan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Ketika aku berhenti di lampu isyarat, aku dapati kereta Munah betul-betul berada di belakang kereta ku. 3 minit kemudian akau mendapat satu sms.

"Fad, hubby aku bagi pelepasan tak payah masak kari ayam...yay!!makan luaqq!!".

dan aku membalas:-

"Hahahahahhaha, yahoo!!!tak payah masak kari ayam!"

10 comments:

~Serenity~ said...

hahaha..lawak2..mmg muna seorang isteri contoh..kalau aku,hari ahad petang? masak? jgn haraplaa..haha..

fadiahnadwafikri said...

hahahaha, tulah aja..dedicated sungguh munah!:P

munirah said...

cis!femes sebentar kari ayam mak mertua ku..hehehe!btw,fad,aku lupa nak habaq,walopn t/jwb btambah n makin bnyk chores,tapi bahagia n rasa puas woo buat sume utk org tersayang..:) TAPI,in ur case,org yg tersayang dah ada kaaa???atie tlg jwb gak!hehehe

farhati said...

hahahha...super duper like this entry!!!

ingat pact kita fadiah.. kalau kawen pun weekend couple. or paling terbaik husband keje oversea balik sebulan sekali! heheh... senang cerita tak perlu masak kari ayam tatkala kepenatan! ngeee!! heheh!

farhati said...

pedassssssss!!

ok fine. white flag! =p

xpe munah. people like me and fadiah are not meant to be satisfied with kari ayam, just yet. hehehe!!

HiDa said...

Hahaha, lawak sungguh aku dgr cite nie and bile tringat muka atie and fad yg tkesima tuh.

Aku pun trus tau bile dgr cite munah, yg aku masih x bersedia gk...

Esp bile tringat the last time aku masak kari was in form 2 for my dad. Die tgk je kari aku pastu trus kata, jom mkn mcd. That is such an insult since my dad hates eating out, key

fadiahnadwafikri said...
This comment has been removed by the author.
fadiahnadwafikri said...
This comment has been removed by the author.
fadiahnadwafikri said...

hahahahahhaha...munah kededikasian kau memang mengagumkan!:)

ati: hahahaha, lawak kot pact kita..takpon kita turn the table, kenapa asyik2 wife yg kena masak? jamie oliver bleh je masak dgn girang dkt wife die.

hid: hahaha, mcd??awat tak tunjuk perasaan?sian kari tersebut:P

zaza said...

hahahaa fad, aku br baca entry ni..mmg lawak!haha. uh uh munah..rasa bahagia boleh buat sume tu utk org tersayang!haha..fad,boleh suruh org tersayang masak utk ko n atie..pastu tanya dia bahagia ke tak.hahaha.