Maka tersebutlah kisah pada satu petang, dalam keadaan penuh kebosanan, aku mencari-cari saluran tv yang menarik...memandangkan semua program amatlah membosankan jadi aku pon biarkan saja satu saluran tv yang menyajikan satu filem melayu terpapar di depan aku tanpa ditukar ke saluran lain.
Ini adalah dialog antara seorang suami dan isteri yang sedang membincangkan perihal anak-anak lelaki mereka.
Suami : Abang berharap kita dapat memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kita, nanti bila kita dah mati, semoga doa mereka sampai pada kita.
Isteri : Betul bang, dengan pendidikan agama yang kita berikan, barulah melayu!
Aku terdiam seketika. Kemudian sambil menggelengkan kepala aku cuba untuk mengingat kembali pendidikan agama yang aku belajar masa aku kecil dahulu. Tak pernah aku jumpa konsep agama mencerminkan bangsa.
Konsep yang paling aku ingat masa di sekolah rendah dahulu yang sampai sekarang masih lekat dalam kepala adalah konsep kesamaraataan (equality) antara manusia. Konsep universal tentang kesamaraataan manusia ni dipetik dari khutbah terakhir Nabi Muhammad sebelum beliau meninggalkan kita, umat manusia.
Konsep kesamarataan.Tiada seorang manusia pun yang layak diletakkan di tempat yang lebih tinggi dari manusia yang lain. Kerana tempat yang tinggi itu hanyalah untuk Pencipta.
Yang menentukan ketinggian martabat seorang manusia adalah taqwa kepada Pencipta dan perilaku yang baik dalam menjalankan tugas mentadbir dunia yang diamanahkan oleh Pencipta.Bukan bangsa atau keturunannya.Bukan kaya atau miskinnya.Dan bukan juga betapa tinggi CGPA nya.
Jadi, dari mana datangnya konsep agama itu mencerminkan bangsa?
Wednesday, January 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
cerita p ramlee ka...hhahaha..bang brahim bang brahim!
Ketaqwaan pun tak mampu dimeasure secara zahir. Subjective. Kat Akhirat bolehlah.
Note: Best jugak bace blog berbahasa kebangsaan.
kak irah : hahaha, bukan2, cita p ramlee best, he was one great social critic!ni cita zaman2 kita gak lah, tu yg hampeh!:P
azrie : hahaha, ada org kata agak lawak bila blog ni berbahasa kebangsaan, tapi ok gak, sama macam cakap seharian.
Post a Comment