Friday, October 16, 2009

Raya

Tahun ni raya sangat berbeza sebab aku dgn 2 lagi kawan aku, Farhana dan Kak Irah tak beraya dengan keluarga masing-masing sebab kami semua beraya dengan kakak aku di Wolverhampton. Salah satu sebab aku sangat bersungguh nak beraya dengan kakak ialah nak jumpa anak sedara aku yang amatlah aku sayangi, Afwa Adeena Farha.



Masa dia dekat-dekat nak lahir aku sepatutnya ikut mak pegi rumah kakak and duduk sana 2 bulan. Bila saja aku resign dari firm lama and tengah termangu-mangu tak tau nak buat apa, dan hanya akan fikir pasal keja lepas 2 bulan duduk dengan kakak. Tapi tiba-tiba dapat offer keja baru, jadi mak kata kena bagi keutamaan pada keja, nak datang jumpa kakak bila-bila masa lapang pon boleh.

Anak sedara aku dah tujuh bulan masa kali pertama aku jumpa dia. Adeena ni seorang baby yang sgt serius. Masa baru sampai pukul 3 pagi dia terjaga. Aku terus dukung dia dan yang menariknya dia langsung tak menangis. Bila kawan-kawan aku berbut-rebut nak dukung dia pon dia tak nangis.




Cuma muka dia saja sangat serius. Dia akan tenung muka semua org lama2. Aku suka sbb Adeena ni " a people person". Kesimpulannya dia tak "sepah bulan". "Sepah bulan ni terma yang abang aku bagi merujuk kepada babies yang tak berapa "people person".



Sepah bulan ni juga dikenali sebagai ulat gonggok. Bila kita sentuh terus melingkar. Pandai la abang aku bagi terma ni, dia kecik2 raja segala sepah bulan sebab dalam kelas dia akan tutup muka dengan sepuluh jari dan tengok cikgu kat depan melalui celah-celah jari dia.Ironic!

Kami semua langsung tak mengalami jet lag, sebab kakak terus bwk kami bershopping di Wolverhampton. Abang Azlee suruh kakak bawak kami shopping ikut peringkat.Peringkat pertama kami dah jadi tak keruan, Primark mmg sangatlah murah!!

Sambil shopping kakak cakap "jangan abeskan duit semua kat sini, ada lagi tempat best kita nak pegi", dan pada masa yang sama kakak cakap "adik, ni cantik, masuk bakul, adik tu cantik masuk bakul".



Bila dah balik semua suka tgk barang yang dibeli. Cuba pakai satu persatu. Lepas tu kira duit yang tinggal sbb esoknya kami akan shopping lagi di Birmingham dan Cheshire Oak.

Aku terkejut bila tgk duit shopping aku tinggal 20 pound saja! Mulalah aku tanya mana peginya semua duit sambil gelak sbb tak dapat terima kenyataan. Kakak dengan baik hatinya telah memberikan sumbangan tambahan untuk membolehkan aku terus bershopping. Bak kata Abang Azlee pada kakak "bagilah sumbangan kat adik fadiah, I faham perasaan you bila tak dapat shopping". Aku suka la, sbb abang ipar aku sangat cool!

Kak Wanis, kawan Kak Irah yang juga merangkap kawan aku yang sedang buat PHD kat Aberdeen datang rumah kakak untuk join kami beraya, malam raya kami semua sibuk masak rendang dan ketupat. Pagi raya semua pakai baju raya dan bergambar kat taman.



Sangat gembira.Ramai jugak org tanya aku, mak abah tak kisah ka aku tak beraya kat kampung halaman. Mak abah aku mmg sangat cool sbb mereka tak pernah nak bantah keputusan aku. Apa aku nak buat semua pon boleh, kalau abah nak marah aku sbb apa-apa pon dia akan marah sorang-sorang belakang aku, bila depan2 dia terus panggil aku "sayang abah". Spoiled kah aku?


Lepas raya kami semua mulakan roadtrip ke Scotland. Kami bawak 2 kereta. Aku sudah pasti naik satu kereta dengan Adeena sbb aku nak cuddle dia and picit2 pipi dia.Kami tak lupa balik kampung kat Old Trafford, sing it! "Glory Glory Man Utd!!"



Scotland sangat cantik, orang2 dia sangat warm...Ingat lagi masa di Isle of Skye, lepas hantar kakak ke hotel, aku dgn kawan2 berangkat ke youth hostel atas bukit.
Nama pon budget travel, dok hostel la jimat belanja!



Kami lalu di lereng2 gunung, sangatlah gelap...Tetiba kak irah brake mengejut dan menjerit, kami terlanggar rusa yang sangat besar. Terlaggar pinggul dia dan dia terpelanting ke tepi jalan. Kami rasa sangat bersalah..Dia lintas dalam gelap mmg tak sempat brake. Nak berehenti gelap di kawasan gunung. Kami semua berdoa agar rusa tu tak mati. Esok kami nak berhenti di tempat kejadian, mana tau kalau dia mati atau tak, ada la closure.



Kami terus mencari youth hostel dalam jalan yang gelap. Tom tom yag macam GPS tu cakap "you have reached your destination, it's on your left". Kami pon berhenti dan tengok kiri, ada kubur. Semua dah takut, bila kami u turn baru nampak papan tanda youth hostel yang dicari.



Bila dah habes menjelajah Scotland, kami bali ke rumah Kak Wanis di Aberdeen. Kakak balik ke Wolverhampton dan aku dgn kawan2 terus ber backpack ke Paris. Kami tidur di Glasgow Airport, sambil menghafal beberapa patah perkataan dalam french.



Sampai saja di Paris, kami terus naik Metro untuk ke youth hostel di Rue Louius Lumiere. Aku ingat nama jalan ni sbb kami sesat 2 jam nak cari hostel ni. Tanya org tempatan pon diorang tak tau jalan ni kat mana. Tanya org hostel pon dia tak berapa reti nak bg direction, mungkin sbb mereka kurang fasih cakap english.

Cari punya cari, tak jumpa jugak. Tapi disepanjang pencarian tu nampak byk restoran halal dan yang paling best ayam golek. Aku bila nampak ayam akan hilang semua resah di hati.



Lepas 2 jam berjalan baru jumpa hostel kami. Kami tido sbb keletihan, bila bangun terus pegi cari ayam sbb selagi tak beli ayam tu aku tak akan berhenti bercakap tentang ayam. Hostel kami sangat strategic sbb tengok saja melalui tingkap, ada org tengah main volleyball dan bola sepak.Kami pon jadi penonton.



Esoknya kami menjelajah Paris. Bagi aku Paris ni quite overrated lah. Yang best pon Eiffel Tower, teruja sekejap bila tgk. Tapi pengalaman tetap best sbb kawan2 aku semua sangat cool dan suka ambil gambar. Aku pon suka ambil gambar. Diorang cakap aku cam addict, and not to forget, a chicken lover!



Lepas Paris kami semua bertolak ke London sebelum balik Malaysia. Kami balik dengan coach. Setibanya di London, berlaku satu kejadian yang buat aku terdiam beberapa jam. Bag aku yang ada passport, handphone dan dompet kena curi. Ada sorang lelaki pakai baju hitam ni datang dok sebelah aku dan secara pantas ambil beg aku.

Masa tu pukul 5 pagi, semua org sebelah menyebelah tengah tido. Aku dgn Farhana tgh bersembang. Bila dah sedar bag hilang aku terus terdiam. Aku cuba untuk tak panic, dan menyalahkan sesiapa. Aku cuba sedaya upaya mengatakan pada diri aku semua ni dah ditakdirkan. Aku kena sabar. Tapi aku kecewa sebab dompet tu kakak aku bagi hadiah masa harijadi ke 25 aku. Handphone tu pulak aku baru saja beli 5 bulan lepas. Dan aku kecewa sebab duit aku 100 pound untuk belanja di London pon hilang. Penat tau nak save up!

Tapi dalam hati aku sedikit lega sbb aku dah shopping puas2 masa awal2 percutian ni. Mood aku nak jalan2 kat london dah hilang. Lepas buat emergency passport, kami semua ke hostel Aunty Jennifer di Pocock Street. Aunty Jennifer ni mak sedara Abang Azlee, dia Fransiscan nun. Dia tinggal di hostel dgn 2 org kawan dia, Gina and Regina.

Bila jumpa Aunty Jennifer aku dah ok sikit. Aunty Jennifer sangat peramah. Kami bersembang setiap hari sampai lewat malam.Kawan-kawan aunty pon sangat warm. Bila aku cakap kat kawan2 aku yang aku nak tinggal kat hostel and tak nak ikut diorang jalan2 diorang semua protest, diorang pon akan stay dekat hostel kalau aku tak ikut.

Kesimpulannya diorang pon jadi bank bergerak aku. Barulah aku faham apa maksud sehelai sepinggang. ya lah, kad kredit aku pon semua kena curi.

Dua minggu lebih jugak percutian aku kali ni...Secara keseluruhannya memang sangat menarik walaupon ada kejadian2 yang kurang baik berlaku. Pengalaman.

Bila sampai Malaysia aku telefon mak. Mak risau kat aku, aku kata aku ok saja sbb aku ada kakak dan kawan-kawan dengan aku. Mak kata, "sudah-sudah la berjalan, dok diam2 kat rumah". Selalunya aku akan protest tapi kali ni aku kata "ya mak" (dalam hati aku ("kena start simpan duit sbb bulan 3 nak pegi Jepun").

Aku memang suka berjalan2 tengok negara orang, tapi satu benda yang aku sedar masa dalam tengah bergembira berjalan2 adalah aku tetap rindukan hidup aku kat Malaysia.kenapa?nanti aku tulis kenapa.

7 comments:

amicus curiae said...

there's no place like home :D

oh fad, ur niece tersangatla comel!i would travel the distance pun kalau i have a niece comel mcm tu!

fadiahnadwafikri said...

very true affie, no place like home :D

i missed her so so much :(

irah said...

yay! japan pulak after dis! :D

fadiahnadwafikri said...

hahaha, mari kita plan!

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

farhati said...

fadiah..atie baru baca!! hahaha..bm awak kelakar laa... =P

malaysia best sbb "cintamu tertinggal di msia?"

heheh..

bila mau jln2 sama2? tak sudi ye? =(

fadiahnadwafikri said...

hehehehehhe, klakarkah ati??cubaan 1 , 2, 3 lol

cinta tertinggal kat sri kembangan kot :P

jom2,dah lama dok berhasrat nak bercuti dgn ati nih, fadiah ada lagi balance cuti 4 hari,jom pegi laut ati!!!:D